Yup, that's it. That's the latest one I'm sure! Haha, funny
Thursday, March 29, 2018
It has been a while.
Yup, that's it. That's the latest one I'm sure! Haha, funny
Sunday, August 7, 2016
The loudest.
Sunday, July 24, 2016
You know who you are ;)
Well, there is a friend who always keep in touch with me. Timezone berbeza pun kitorg automatically adapt with it. Aku tidur awal, so that aku boleh bangun awal and where that one friend pun belum tidur sebab Malaysia masih awal untuk burung hantu hahaha. Now dia dah start busy with the university events, orang kuat katanya. Well, when you said you are on your way to your college, that's the time I realize that I am now really really have to walk alone.. I don't like saying this but..yeah macam tulah ceghitanya. Sedih tu ada lah sikit sebab lepasni tah bila boleh update semua benda kan. Tah bila boleh borak panjang lagi. Tah bila boleh borak hari-hari lagi. Takpa beb, thank you for your accompany.
I'm not sad because we can't talk everyday anymore, but I'm sad because I know I have to keep for a while for every story that I wanted to share with you. Lama pulak kena ingat adoiii hahaha be safe there my big brother! Aku tunggu kau sampai sini #iniserious #guatunggu
Be strong!
Tapi tak semudah yang aku sangka. Aku sangkakan semuanya akan okay dgn syarat, be brave & confident! Tak weh, tak. Islamophobia adalah salah satu faktor yg besar, faktor yang menjadi penyebab aku rasa takut hidup di tempat orang. Tambah lagi, dah terjadi pada diri sendiri. Nak cerita dekat mak abah pun serba salah. Kalau aku ni pun dah takut, apatah lagi tahap kerisauan mak nanti. Taknak, nanti mak yang lebih lebih emosi. Taknak, nanti mak yang tak selera nak makan. Taknak, nanti mak yang sedih...
Kali ni, aku betul-betul rasa the feeling of faking a smile. If faking a smile while you're still in Malaysia, haha itu semua budak-budak. Faking a smile to a certain people, but still you have your families by your side to show your sadness. You still can see your family members physically. Sekarang? Rasa macam nak tergelak bila teringat perangai acah-acah emo masa dulu-dulu. Haha masatu kau ada keluarga disisi lagi wana! Sekarang "faking a smile" is very very very compulsory. Banyak sebab dia. Sebab nak jaga hati keluarga satu, yang kedua nak jaga hati diri sendiri. Kalau layan sangat perasaan homesick semua ni, jatuh kecundang la aku di tempat orang ni. Diri sendiri dah jatuh, apatah lagi nak harapkan kawan-kawan untuk membantu kita. Sebab tu aku cakap, faking a smile as to prevent making any more problems.
Takpa, walaupun masalah tetap masalah, sedaya upaya aku akan cuba pandang masalah ini satu benda yang positif. Masalah ni lah pengalaman aku, pengalaman yang bukan semua berpeluang untuk merasa. Aku nak hafal semua kisah hidup aku disini, so nanti bolehlah cerita dekat mak abah. Boleh cerita dekat saudara mara, seolah-olah aku dah mewakili mereka untuk merasai semua ini. :)
Saturday, July 23, 2016
Friday, July 15, 2016
Until you know the truth.
In shaa Allah.. Keep on praying. I'll always pray the best for us. May Allah bless us. Amen.. :)
Bukan lagi mimpi.
Kepada mak & abah, jangan bersedih hati. Jangan menangis mak, jangan menangis bila mak teringatkan anak mak ni. Abah, jangan risau abah.. Adik sentiasa okay, asalkan mak & abah pun okay :)
Jangan rindu aku, bcs that doesn't help me at all to stay strong living here alone. Please.. All I need is your prayer. Tolong doakan kesejahteraan semua. Semoga semua dipermudahkan. In shaa Allah, kejayaan akan dibawa pulang bersama.
Tunggu adik balik, mak abah!
Sunday, June 19, 2016
Not for the second time.
I know every arguments will lead to two possible consequences; either we are getting closer or we are drifting apart. Yet still.. It is the worst feeling ever.
Wednesday, June 8, 2016
Allah itu maha adil.
Katanya dunia ini sudah menjadi satu tempat persinggahan. Tapi kalau tiada siapa yang menyambut macam mana? Tiada siapa yang sudi memimpin tangan dan tarik untuk berdiri teguh semula, macam mana nak teruskan kehidupan?
Berat hati nak pergi bila dugaan datang bukan pada diri sendiri, tapi pada keluarga.
"Adik, kalau jadi apa-apa atau keadaan terdesak, bukalah akaun bank Abah tu. Guna password yang Abah sebut tadi".
Tiada satu perkataan pun yang dapat menyedapkan hati. Apabila ketua keluarga secara perlahan-lahan memindahkan tanggungjawabnya kepada anak-anak. Ini amanah. Amanah yang bakal dipikul seorang diri. Tak pernah lari dari pemikiran kalau bukan melibatkan kematian. Allahu.. Aku tahu dimana silap aku. Mungkin sebab itu Allah menduga aku seberat ini. Tapi aku sendiri pelik, kemana hilangnya iman yang kental dalam diri anak Abah ni?
Nothing feels right but I have to be positive. Itulah kata-kata yang menjadi semangat untuk aku bila berdiri lama menunggu di bahagian kecemasan. Menunggu giliran Abah untuk berjumpa doktor. Bersungguh-sungguh aku menahan air mata daripada keguguran. Sebab aku tak nak menyebabkan orang lain yang sedang mengumpul kekuatan pun kecundang juga. Lagi-lagi Emak. Who will be the strongest when everyone is falling down. I will. Adik akan terus menjadi kuat. Sebab itulah aku tak suka menjadi lemah, aku tak suka mengadu masalah aku pada orang lain. Rasa macam tak perlu sebab aku sepatutnya dapat menanggungnya sendiri dengan tabah. Tapi.. Sampai satu masa, aku perlukan seseorang juga. Seseorang yang sudi mendengar keluhan aku. Tak mengapa kalau tiada respon atau nasihat, asalkan aku tahu ada yang mendengarnya.
Friday, May 20, 2016
Do you feel the same?
Orang kata, mimpi itu permainan tidur. Tapi kalau dah mimpi orang yg sama banyak kali, tak bosan ke guna mainan yg sama? Haha.
Hmm.. It is always the same person appeared in my dream. Hey, are you okay there?
Tuesday, May 17, 2016
Uninvited stranger
Is it true that every love start with hate? Guess I have to agree with it, even I'm hardly wanna denying it.
I've been through the same stories like many times with different people. Or is it just me?
I hate people for no reason. I hate new people. I hate people that I know I'll be seeing them like everyday. I don't know why.
Hating people days by days until I have to convince my own heart. This is really painful, it is unbearable.
Why can't we just skip the hatred part? Why can't we just straight loving each other? Why do we have to waste our time, that soon we will realize that we are lack of sweet memories?
Or...
Is this just because of jealousy?
Saturday, May 14, 2016
To wait or to stop?
Friday, May 13, 2016
Still a sad story of mine.
Monday, January 20, 2014
Throwback :)
- Syafiq Musa & Danial - dua orang ni duduk depan tepi pintu. orang masuk semua nampak dia dulu. apa tak nya cikgu gelar diorang ni kembar. tapi ada gak pendengki spt Syuaib Ahmad , sibuk menyampuk "cikgu kembar tiga, yang belakang ni sekali (aku lah tu) " -.-
- Nina & Wana - aku lebih suka panggil dia Nasuha sbb dalam kelas dah ada Nina lagi satu. Jadi mcm jahat ok bila panggil Nina , dua-dua pandang hahaha kelakar pun ado :p
- Syuaib & Rompin - memang nasib malang sikitlah rompin dpt duduk sebelah Syuaib ni, bukan kental mana pun, tu lengan dia besar pun bukan muscle pun, lemak je tu wahaha! Rompin ni suka melukis, tapi dia tak pernah lukis gambar aku :( #ehh Syuaib pula pendengki kelas, bila org jawab soalan cikgu, dia mesti kacau lepas tu org tu malu la. Aku pun pernah kena.....
- Balqis & Haikal - pasangan secocok? Hahahaha Haikal orang kaya coklat. Aku rasa besar nanti dia boleh buka stokis coklat, jual pelbagai jenis coklat secara percuma. Haha. Balqis pun tauke makanan gak, tapi cerita dia lain sikit. Dia suka bawa kacang dan adik-beradiknya sebab katanya, "nak habiskan kuih raya tahun lepas, jemputlah makan wana hehehe" errrr
- Kugan - abg long kelas. bukan sebab garangnya ataupun gangsternya, tapi sebab kepandaiannya. wuuu~ dia ni belajar tahap apa tah selalu berdebat jawapan dgn cikgu, last-last dia yang betul sebab dia bercakap berlandaskan buku teks. Fuyaii
- Sam, Alif & Pisang - abe abe romeo , tapi sampai kat pisang , tang mana romeo eh tu? HAHAHA. Alif budak tinggi tapi duduk depan, siapa saf belakang dia semua bengang maximum level setiap kali nak salin nota, eh bukan pisang ke penghalang? Hahahahaha pisang lagi. Sam pula abang macho kening lebat pakistan mariii haha tapi dia orite la jugak, best kacau dia sebab dia akan sentiasa tersenyum. Tak faham betul aku -.-
- Shai, Tiya, Ain & Syain - gadis gadis melewar. Dioranglah ratu menari dalam kelas, dioranglah ratu berborak hahaha kalau dengar je siapa yang gelak kuat-kuat tu, semua automatik pandang barisan diorang ni. Termasuklah aku, aku pandang gak, pandang sinis + jeling tapi takda sorang pun nampak kemarahan aku sebab aku duduk tepi tingkap. Apalah nasib..
- Aqil, Faryz, Sukin & Minyak - haha row ni kalau tiap hari takda yang kosong mesti tak sah hahaha. Diorang gak burung hantu kelas, mengantuk bebenor. Kadang-kadang ada jugak satu kelas bersubahat buat kerja jahat. Pakat dgn tukang "Bangun semuaaaaaa" lepas tu yg lain serentak tolak kerusi padahal cikgu takda pun. Apa lagi yang tidur ni kelam kabut bangun perhh ini memang lawak tapi aku tak sanggup pandang. Sebab apa bhai, takut gak lah aku pulak terkena fuh boleh mengamuk. Hahahaha
- Su, Atyn, Kecik & Hanis - gangster ada, mata besar ada, minah rempit ada, pocong pun ada wakakak xD ni pun ada jugak selalu buat derma kilat, makanan diorang yang aku sambar hahaha
- Aiman, Sidiq, Kajang, Syahmi & Hadzrie - ni row paling panjang didunia eh tak paling panjang dalam kelas je k. Aiman ada dimples, alamak cairnyaaa :O yang lain semua raja kapur hahaha tak. Raja motor. Dah jatuh, bangun semula tulah diorang, jatuh motor tu wajib. Yang takda lesen kereta tapi drive macam ada lesen pun ada jugak. Nasib baik kereta je yang cedera sikit.
- Chin & Saba - chin sbg radio kelas. rajin betul menyanyi, boleh kurangkan kebosanan kelas. tapi ada masa tu, bila aku takda mood time tu jugaklah dia nyanyi lagu menepati janji pulak. halamak dia ni.. Saba ni sentiasa sabar. Ok -.-
- Azai & Faizul - Azai pun radio kelas jugak, 80-an lagi tuh. Haha! Faizul pulak jangan nak cerita lah, pendiam pun boleh masuk list jugak dia ni. Bersendiri je dia ni
- Leesa & Athirah Saparin - Hahahaha athirah ni special sikit nama dia, kalau sebut athirah je mesti orang tak kenal. Thats why ada je cikgu panggil dia Saparin, selamber je cikgu ni hahaha. Leesa, suka sangat peluk aku, katanya macam adik dia. Hekeleh haha :p
- Shau & Aneil - lost and found hahahaha diorang ni susah sikit nak jumpa. Taktahulah kenapa suka menghilang.. Tapi dua-dua ni ok lah jugak tak pernah menyakiti hati aku hahaha
- Husnina & Sabby - haaa ni pun geng makanan jugak. Suka share bekal dgn diorg, sebab diorang mesti makan dgn banyak dan nampak berselera sekali. Diorang pun selalu tolong aku, awhh!

