Monday, January 20, 2014

Throwback :)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hehe terasa dah lama tak update blog ni sejak kehadiran laman sesawang yang lain kahkah . Jadi terasa mcm ini blog sudah tidak  penting lagi.. Sorry :/ 
Mood nak update ni datang pun sebab dari sorang dua orang tiga pun ada kawan-kawan yang mula berkecimpung didalam alam blogger ni semula. Macam seronok je kan baca blog diorang, kita pun nak jugak ber-belog. Hehe :p
Well sedia maklum, budak sekolah dah tak sekolah lagi. Alhamdulillah saya sudah bebas, gari pun dah dibuka jadi... AKU BEBAS BEBAS EBAS BAS AS S S S! Fuh feeling dia pulak ^^ haha.
Perasaan macam semua orang, masa sekolah tak sabar sungguh nak merdekanya. Bila dah merdeka.. aipp tidak tidak. Saya suka! Hahahaha taknak mengaku yang dunia kebebasan ni bosan sebenarnya, samalah jugak apa yang kakak kakak abang abang yang pernah merasa terlebih awal lagi. Dulu ramai yang pesan kat aku, "enjoy your school life, jangan minta nak free sebab nanti rindu sekolah." Yes, tak dpt nak nafikan lah kan rindu memang rindu. Tapi bila imbas punya imbas punya imbas kembali. Woo tidak tidak. Cukuplah dengan penatnya bila bersekolah, dengan homework nya lagi, and semua benda yang memenatkan dan tension jugak. CUKUP. Biarlah giliran adik-adik pula merasa. Sebenarnya kita rindu tu rindu kawan-kawan dan semua surrounding sekolah je. 
Datang awal, masuk kelas pagi-pagi mesti mengamuk kejap sebab ada je tuan tanah menumpang tempat duduk aku petang semalam pastu buat sampah. Ohai siapa tak marah, buat sakit hati je. Lagi-lagi dengan sampah bungkusan makanan. Hmph memang -.- 
Benda paling best, pakai tshirt georgian pastu pagi-pagi beratur kat kelas lain sebab kelas sendiri takda pjk pun wahahaha! Tu semua orang buat, tapi yang paling kelakar bila kita perati ada je yang tak sempat jadi murid angkat kelas lain tapi cikgu dah datang dulu. Masa tu gelak lah sikit, tak boleh gelak besar sangat, takut nanti kita kena balik hahaha. 

Suasana kelas, memasing ada je watak sendiri. *kita mula dari depan* 

  • Syafiq Musa & Danial - dua orang ni duduk depan tepi pintu. orang masuk semua nampak dia dulu. apa tak nya cikgu gelar diorang ni kembar. tapi ada gak pendengki spt Syuaib Ahmad , sibuk menyampuk "cikgu kembar tiga, yang belakang ni sekali (aku lah tu) " -.-
  • Nina & Wana - aku lebih suka panggil dia Nasuha sbb dalam kelas dah ada Nina lagi satu. Jadi mcm jahat ok bila panggil Nina , dua-dua pandang hahaha kelakar pun ado :p
  • Syuaib & Rompin - memang nasib malang sikitlah rompin dpt duduk sebelah Syuaib ni, bukan kental mana pun, tu lengan dia besar pun bukan muscle pun, lemak je tu wahaha! Rompin ni suka melukis, tapi dia tak pernah lukis gambar aku :( #ehh Syuaib pula pendengki kelas, bila org jawab soalan cikgu, dia mesti kacau lepas tu org tu malu la. Aku pun pernah kena.....
  • Balqis & Haikal - pasangan secocok? Hahahaha Haikal orang kaya coklat. Aku rasa besar nanti dia boleh buka stokis coklat, jual pelbagai jenis coklat secara percuma. Haha. Balqis pun tauke makanan gak, tapi cerita dia lain sikit. Dia suka bawa kacang dan adik-beradiknya sebab katanya, "nak habiskan kuih raya tahun lepas, jemputlah makan wana hehehe" errrr
  • Kugan - abg long kelas. bukan sebab garangnya ataupun gangsternya, tapi sebab kepandaiannya. wuuu~ dia ni belajar tahap apa tah selalu berdebat jawapan dgn cikgu, last-last dia yang betul sebab dia bercakap berlandaskan buku teks. Fuyaii 
  • Sam, Alif & Pisang - abe abe romeo , tapi sampai kat pisang , tang mana romeo eh tu? HAHAHA. Alif budak tinggi tapi duduk depan, siapa saf belakang dia semua bengang maximum level setiap kali nak salin nota, eh bukan pisang ke penghalang? Hahahahaha pisang lagi. Sam pula abang macho kening lebat pakistan mariii haha tapi dia orite la jugak, best kacau dia sebab dia akan sentiasa tersenyum. Tak faham betul aku -.-
  • Shai, Tiya, Ain & Syain - gadis gadis melewar. Dioranglah ratu menari dalam kelas, dioranglah ratu berborak hahaha kalau dengar je siapa yang gelak kuat-kuat tu, semua automatik pandang barisan diorang ni. Termasuklah aku, aku pandang gak, pandang sinis + jeling tapi takda sorang pun nampak kemarahan aku sebab aku duduk tepi tingkap. Apalah nasib..
  • Aqil, Faryz, Sukin & Minyak - haha row ni kalau tiap hari takda yang kosong mesti tak sah hahaha. Diorang gak burung hantu kelas, mengantuk bebenor. Kadang-kadang ada jugak satu kelas bersubahat buat kerja jahat. Pakat dgn tukang "Bangun semuaaaaaa" lepas tu yg lain serentak tolak kerusi padahal cikgu takda pun. Apa lagi yang tidur ni kelam kabut bangun perhh ini memang lawak tapi aku tak sanggup pandang. Sebab apa bhai, takut gak lah aku pulak terkena fuh boleh mengamuk. Hahahaha
  • Su, Atyn, Kecik & Hanis - gangster ada, mata besar ada, minah rempit ada, pocong pun ada wakakak xD ni pun ada jugak selalu buat derma kilat, makanan diorang yang aku sambar hahaha 
  • Aiman, Sidiq, Kajang, Syahmi & Hadzrie - ni row paling panjang didunia eh tak paling panjang dalam kelas je k. Aiman ada dimples, alamak cairnyaaa :O yang lain semua raja kapur hahaha tak. Raja motor. Dah jatuh, bangun semula tulah diorang, jatuh motor tu wajib. Yang takda lesen kereta tapi drive macam ada lesen pun ada jugak. Nasib baik kereta je yang cedera sikit. 
  • Chin & Saba - chin sbg radio kelas. rajin betul menyanyi, boleh kurangkan kebosanan kelas. tapi ada masa tu, bila aku takda mood time tu jugaklah dia nyanyi lagu menepati janji pulak. halamak dia ni.. Saba ni sentiasa sabar. Ok -.-
  • Azai & Faizul - Azai pun radio kelas jugak, 80-an lagi tuh. Haha! Faizul pulak jangan nak cerita lah, pendiam pun boleh masuk list jugak dia ni. Bersendiri je dia ni
  • Leesa & Athirah Saparin - Hahahaha athirah ni special sikit nama dia, kalau sebut athirah je mesti orang tak kenal. Thats why ada je cikgu panggil dia Saparin, selamber je cikgu ni hahaha. Leesa, suka sangat peluk aku, katanya macam adik dia. Hekeleh haha :p
  • Shau & Aneil - lost and found hahahaha diorang ni susah sikit nak jumpa. Taktahulah kenapa suka menghilang.. Tapi dua-dua ni ok lah jugak tak pernah menyakiti hati aku hahaha
  • Husnina & Sabby - haaa ni pun geng makanan jugak. Suka share bekal dgn diorg, sebab diorang mesti makan dgn banyak dan nampak berselera sekali. Diorang pun selalu tolong aku, awhh!


4 Melewar 2012 :)


Dah dua tahun menetap dalam Melewar. Kelas perakaunan lah katakan. Hehe. Dah dua tahun tu, memang semua punya perangai kita kenal lah kan. Cuma rasa rugi sikit sebab masa form 4 aku tak selalu spend time dgn kelas sendiri, sebab masa tu kawan-kawan lain semua ambil pure science. Terpisah dan terpisah -.- Apa boleh bikin.. Masa form 4 pun aku kurang suka kelas sendiri, culture shock lah katakan. Haih 

Habis dah throwback aku. Haih nak senaraikan kawan lain, memang tak tidurlah nampaknya. Ramai tu memang ramai, semua aku kenal. Kalau boleh semua aku nak describe. Tapi lain kali lah eh? So thats the end of my story. Hehe "kalau ada jodoh, kita post lagii" ;)